BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

penghargaan

tiada kata secantik bahasa,
tiada madah seindah puisi,
untukku nukilkan rasa hati,
betapa kehadiran kalian mbahagiakanku,
mgisi ruang2 kosong d hati,
myingkir lorong nan sepi,
walau tidak kulafazkan kasihku,

khas buat yg selalu ada.. dalam suka mahupun dukaku,
thank you for everthing..

kpda semua yg mbaca blog ni,
terima kasih atas sokongan jua kesudian mluangkan masa
mnatap serta mbaca nukilanku,
yg baik jadikan tauladan,
yg buruk jadikan sempadan
semoga allah mredai dan mrahmati kita semua..
apa yg baik datangnya daripada allah
dan yg buruk adalah kelemahan ana sendiri..
selamat membaca..



Saturday 20 August 2011

titisan sepi

seuntai rindu dinukilkan menjadi puisi kasih
seputih hati sebagai lambang sebuah keikhlasan
dingin air mata gugur menjadi penawar rindu
lantaran kejauhan memisahkan
masa menjadi penentu

pergilah,pergi segala rasa yg mbebani jiwa
impian yg kusulami bersama mekar mwangi
dibawa pergi hembusan kasihmu yg entah di mna
terkesima pada rasa kehilangan

terasa kosong segala rasa
terasa kering air mata
tiada lagi yg ttinggal
cuma mgharapkan pada yg esa

kerana tuhan yang maha pengasih
lagi maha mengerti
kuimpi kasih-mu yang mekar mewangi
kudamba cinta-mu yang terlalu agung
tidak ingin lagi rasa kecewa merantai memenjara hati

andai kumengharap pada insan
pasti diriku akan kecewa akhirnya
kerana tugu kasih yg dbina insan
tidak seteguh berdirinya langit yg tidak bertiang
kerana irama cinta yg didendangkan
tidak segemersik alunan zikrullah-mu yg mendamaikan

betapa kerdilnya aku, betapa hinanya diriku
ingin kukutip walau cuma serpihan rasa cinta
yg dmiliki rabiatul adawiyah
menebar haruman cinta suci
terpahat indah sejarah srikandi

tetapi kusedari
sedalam mana rinduku
seteguh mana tugu cintaku buat-mu
masih terlalu goyah
tidak terlawan menangkis gelombang 
yg mmpu membinasakan tembok takwaku

kerana jalan masuk ke syurga itu bukan mudah
di bawah titisan siratul mustaqim 
terbentang panas membahang api neraka
mampukah syukurku
membawaku masuk ke gerbang syurga-mu

No comments:

Post a Comment

Glitter Text Generator at TextSpace.net
Dynamic Blinkie Text Generator at TextSpace.net