Dalam sesebuah perhubungan, tidak salah jika ada perasaan
 marah atau cemburu kerana ia sudah adat cuma
 jangan berlebihan.
Emosi marah tidak harus menguasai diri kerana ia
 hanya akan mendatangkan keretakan dalam hubungan.
Mengikut kajian pakar, hampir 80 peratus
 keretakan dalam perhubungan berpunca
 apabila perasaan marah dijadikan perasaan
 utama. Ini berlaku apabila setiap kali
wujud krisis dalam hubungan, setiap
pasangan akan mula berfikir untuk
 memutuskan hubungan dan mencari
 pengganti yang mungkin lebih memahami
 perasaan diri yang sebenarnya.
Tip Cinta
Kadangkala masalah kecil diperbesarkan sedangkan
 masalah itu boleh diselesaikan dengan berbincang
antara satu sama lain. Tetapi apabila perasaan marah
 sudah menguasai diri dan hubungan berakhir,
 lazimnya ia berlaku dengan alasan tiada jodoh
 dan sefahaman.
Memang benar jodoh itu di tangan Tuhan tetapi
 kita berhak berusaha agar jodoh kekal bersama
 orang tersayang.
Tetapi jangan hanya sebelah pihak saja berusaha
. Usaha mesti dilakukan kedua-dua pihak untuk
 mendapatkan hasil lebih memuaskan.
Satu lagi perasaan yang perlu diatasi adalah cemburu.
Tidak salah untuk rasa cemburu tetapi biarlah berpada-pada
. Memang benar cemburu tandanya sayang tetapi jangan
 melampaui batas.
Tidakkah rasa sia-sia hubungan yang dijalin sekian
 lama terputus begitu saja hanya disebabkan cemburu pada pasangan?
Ramai yang memperkatakan soal cemburu malah
 pelbagai cara untuk mengekang perasaan cemburu daripada
 terus menyelubungi hidup.
Terdapat dua langkah yang boleh diambil untuk
 mengelakkan perasaan cemburu mengawal hidup kita
 iaitu jujur dan setia.
Memang ada perkara yang tidak memungkinkan
kita berterus terang tapi bagi mengelakkan pasangan
 memikirkan perkara yang bukan-bukan, lebih baik
 jujur dan berterus terang dengan pasangan bagi
 mengelakkan perselisihan faham berterusan.
Jika jujur pada pasangan, sudah pasti dia akan menaruh
 kepercayaan dan mengekalkan perhubungan itu hingga
 ke akhir hayat.
Kesetiaan juga memainkan peranan penting kerana jika
kita sayangkan pasangan, sudah pasti kita juga akan
 setia padanya.
Jika sayangkan seseorang, sudah pasti kita tahu
 siapa yang ada di hati. Jadi, apabila sentiasa
mengingati pasangan, amat mudah untuk kita
 mengelakkan diri daripada berlaku curang pada
 pasangan.
Cinta terasa indah apabila ke mana saja kita
 pergi, si dia sedia menemani tetapi terasa pahit
 apabila kita ternampak pasangan berjalan berdua-duaan
 bersama insan lain.
Apapun, jangan biarkan marah dan cemburu
terlalu menguasai diri. Berikut sedikit panduan
untuk membantu kita menjauhi rasa marah
dan cemburu, sekali gus mengekalkan keindahan
 hubungan bersama si dia:
* Jangan sesekali memungkiri janji.
* Sentiasa jujur kepada si dia kerana wanita
 atau lelaki memang benci apabila ditipu.
* Beritahu si dia mengenai sesuatu perkara
 dengan tepat.
* Jika si dia dalam keadaan bermasalah,
 sentiasa menggembirakannya.
* Andai anda jujur, si dia akan setia
 kepada anda.
* Jangan terlalu mengongkong dirinya kerana
dia juga inginkan kebebasan.